Wednesday, September 20, 2006

Cara menghiburkan hati yang...

... marah:

1] Tarik nafas... lepas... tahan kejap... then ulang berkali-kali hingga tak boleh ulang lagi.

2] Decide secepat mungkin, agak-agak Hang Tuah ke Hang Jebat yang lebih hengsem tatkala dia memandu sebuah Proton Iswara?

3] Korek telinga seperlahan yang mungkin.


... frust:

1] Tarik nafas... lepas... ulang berkali-kali hingga tak boleh ulang lagi.

2] Decide secepat mungkin, siapa lagi comel: Big Bird sebagai runners-up Ratu Kebaya Tahun '67 atau Ronald McDonald sebagai jurucakap terbaru MaybeMaybeline?

3] Minum air kelapa muda yang ada payung kecik tercucuk at the side tu di tepi pantai yang indah.


... tension:

1] Tarik nafas... lepas... jeritkan perkataan "Bahulu, biawak, calculator, refrigerator!" dan ulang berkali-kali hingga tak boleh ulang lagi.

2] Decide secepat mungkin, mana lebih menakutkan: Budak yang dalam filem Ju-on tu ke, atau doktor gigi anda di sekolah rendah?

3] Carik-carikkan suratkhabar dan suruh kucing anda tolong "kemaskan" sepahnya. Syok oo..


... berdebar-debar:
1] Tarik nafas pannnnjang-panjang, lepas.... ulang secukup rasa.

2] Decide secepat mungkin, handphone mana lagi best, Samsung SGH-E900 atau LG K800?

3] Sempena keadaan yang mencemaskan anda itu, nyanyikan lagu: "Ketipak ketipak ketipung, suara gendang bertalu-talu, purak-purak bingung, hati di dalam bagai dipalu.. Yea ha!"


... boring:
1] Tarik nafas... lepas... eh tak boleh? Cuba lagi sekali tengok?

2] Decide selewat mungkin, mana lebih panas: Jalan kaki ke grocery terdekat di kala noon time atau duduk cubicle office yang bersebelahan dengan cubicle budak kaki kipas tuh.

3] Lipat baju, kemas rumah, cuci toilet, siram bunga, bersihkan aquarium, practice organ, teka iklan TV... blog!

2 comments:

Mohd Asnol Lob said...

dlm banyak2 aktiviti tu satu je best...cuci toilet

siti rosman said...

aktiviti yang lagi best: vote out suki hahahah